Kisahnya bermula di suatu pagi lebih kurang pukul 10 pagi dan kalau tak silap hari tu 10 tahun yang lalu hari cuti.Surau kat rumah Ustaz UAB lama tu ada mengadakan gotong royong dan ustaz pun ada sama-samalah jadi tukang buat sibuk.
Tetiba ustaz dapat panggilan dari kawan minta tolong anak jiran beliau ada masaalah sikit dan diminta datang ke rumah.Pergilah ustaz ke rumah beliau yang tidak beberapa jauh dari surau dan dari luar rumah lagi sudah kedengaran teriak tanggis kanak-kanak.Lalu masuklah melihat apa sebenarnya yang berlaku,kelihatan ada di sana ialah jiran di depan rumah beliau dan isterinya sedang mendukung anak kecil yang sedang kuat menanggis
Anaknya dibawa ke rumah kawan Ustaz yang kebetulan AJK Surau juga kerana beliau sudah tidak tahu ke mana arah hendak dibawa.
Setelah dilakukan ikhtiar pada anak kecil berumur lingkungan 7-8 bulan itu,Alhamdulillah Allah Ta'ala izinkan sembuh ketika itu juga.Lalu macam biasalah ustaz cari punca awal kejadian itu.Menurut jiran ini, tidak ada apa-apa yang berlaku atau anaknya itu atau dibawa kemana-mana.Tetapi ustaz tegaskan , mengikut pengalamanlah,tidak akan berlaku sesuatu perkara itu tanpa ada puncanya.
Jiran itu mengakulah bahawa ketika mahu keluar bekerja sebelah paginya, dia terlanggar seekor kucing liar ketika mengundurkan keretanya.Dia tidak sedar ada seekur kucing sedang duduk dibawahkeretanya.Mungkinlah kucing itu masuk setelah dia membuka pagar rumah.Sesudah menyedari beliau terlanggar kucing itu,lalu diambilnya bangkai kucing tersebut dan dibuangnya ke dalam semak berhampiran dan dia terus ke tempat kerja.
Tidak lama selepas itu, isterinya memintanya balik ke rumah kerana anak mereka tidak berhenti-henti menanggis.Dia pun bergegas balik dan mencuba beberapa ikhtiar tetapi tidak berjaya.Mungkin dia menggagak sesuatu yang pelik tanpa menyangka ada kaitan dengan kucing yang dilanggarnya lalu dia membawa anaknya ke rumah jiran didepan rumahnya.
Jadi,fahamlah Ustaz bahawa punca anak menanggis itu adalah gangguan dari hantu/jin atau penjaga kucing liar tersebut.Setelah menambah sedikit ikhtiar lagi termasuk pergi melihat bangkai kucing itu,Alhamdulillah anaknya sembuh seperti sediakala selepas itu.
Inilah kejadian sebagai iktibar,bahawa iblis syaitan itu ada dimana-mana dan bersedia untuk menganggu anak cucu Adam pada bila-bila masa..any time any place.
Hati-hatilah dengan kucing liar yang datang bertandang ke rumah.Ada yang datang bawa rezeqi danMungkin juga ada yang datang pakai jokey..tuannya jin atau hantu !
Sumber : Dunia Seram
Post a Comment