Kebiasaannya lebuh raya akan dikaitkan dengan cerita hantu kerana percaya bahawa roh-roh terkorban yang maut gara-gara insiden kemalangandi beberapa kawasan highway tersebut menghantui lokasi berkenaan.
Apakah perkara itu benar? Jom lihat 8 lebuh raya paling berhantu dan ditakuti ramai masyarakat di Malaysia!
#1 Lebuhraya Tangkak – Muar (Plus)
Pada tahun 2012, sebuah persatuan bangsa Cina di daerah Tangkak/Muar telah mendapat kebenaran dari pihak berwajib untuk menutup laluan lebuhraya di kedua-dua arah bagi menjalankan satu ritual “membersihkan” kawasan tersebut dari gangguan mahklus halus dari terus mengganggu pengguna lebuhraya terbabit, dan beberapa wartawan dari syarikat penerbitan tempatan juga turut dijemput bagi melaporkan “peristiwa” berkenaan. Dengan kerjasama dari pihak Polis, mereka mula menutup laluan terbabit pada jam 11 malam, bersesuaian dengan masa untuk hantu bergerak secara aktif dan akan memudahkan “kerja-kerja” mereka. Ritual “pembersihan” itu turut melibatkan dua lagi bangsa pengamal perubatan, iaitu wakil dari Melayu dan India, masing-masing dikatakan mampu untuk berinteraksi dengan makhlus halus.
Menurut laporan seorang saksi yang turut berada di lokasi, segala perancangan mereka untuk menjadikan laluan tersebut “bebas” dari sebarang kekacauan jin dan hantu, tidak berjalan dengan sempurna, senang kata, tidak berjaya. Salah seorang anggota polis yang bertugas telah meninggal dunia, akibat dirasuk oleh makhluk halus terbabit, dan bomoh berbangsa Melayu yang membantu polis itu turut mati bersama. Sejurus kejadian tersebut, mereka semua memutuskan untuk beredar dari situ dengan secepat mungkin bagi mengelak dari kemungkinan perkara yang lebih buruk akan berlaku.
#2 Lebuh Raya Gurun (PLUS)
Katanya pernah berlaku kepada satu keluarga Cikgu bahasa Arab yang baru balik dari bercuti di Cameron Highland. Tiba2 anak saudaranya dia yang umur 2 tahun menangis tak terus-menerus. Pujuk pun dia tak mahhu diam dan ini berlaku lepas masuk ke Highway Gurun ni. Lebih seram lagi apabila kereta yang dipanadu tiba-tiba jadi luar biasa berat. Masa berhenti di kawasan rehat gurun, Isteri cikgu tersebut sempat merakam foto.
Dalam gambar tu kelihatan seorang wanita berkebaya merah. Menurut cerita orang-orang di situ, makhluk yang terakam bersama dalam foto misteri berkenaan adalah entiti yang digelar hantu berkebaya merah. Ia memang wujud dan selalu ganggu pengguna lebuhraya tu. Ada saksi mengatakan ada kemalangan yang berlaku sebab mengelak makhluk berkebaya merah ini. Wallahualam.
#3 Bukit Putus, Negeri Sembilan
Jalan bengkak-bengkok seperti ular kena palu merupakan laluan paling seram pada waktu tengah malam di Malaysia. Bukit Putus pernah menjadi lokasi banyak kemalangan dan aktiviti jenayah, antaranya mayat dicampak ke dalam gaung.
Antara kisah seram yang berlaku di sini adalah pemandu yang terserempak dengan sekumpulan orang sedang mengusung keranda. Jika bernasib baik, anda akan ternampak wanita mendukung anak di tengah jalan dan ada pula orang lain yang melihat seorang wanita berjalan dengan tiga orang kanak-kanak.
“Ini cerita tahun 90-an dulu. Masa tu, saya bertugas dalam JPAM. Saya berulang alik dari Felda Kepis ke Seremban. Kejadian itu berlaku selepas selesai habis bertugas. Saya gerak dari JPAM jam 12.30 tengah malam dan tiba laluan kedua selekoh jam 1 pagi dari Seremban. Tempatnya di kawasan kebun durian dekat selekoh paling tajam di jalan lama Bukit Putus. Masa itu naik kereta. Sebelum ini, kawan ada bagi tahu laluan itu agak scary tapi saya tidak percaya. Hinggalah, pada malam itu, saya ternampak seorang perempuan berjalan di tengah jalan bersama tiga anaknya dan seorang didukung.
Perasaan ketika itu, hanya ALLAH SWT yang tahu. Takkanlah, jam 1 pagi ada orang di kawasan itu dan di situ tiada rumah. Memang seram sejuk waktu itu. Saya teruskan perjalanan seperti biasa tanpa menegur perempuan itu.” kata Shahrudin Abd Halim.
#4 Lebuh Raya Karak, Pahang
Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland. Terdapat pelbagai kisah misteri dan seram mengenai lebuhraya ini yang dikatakan berhantu. Antaranya paling popular kisah VOLKSWAGEN KUNING.
Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..Kereta ini akan memotong kereta anda dan selepas itu dia akan bawa perlahan tanpa pemandu di dalamnya.Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.
#5 Lebuhraya Pedas/Linggi – Simpang Ampat [Plus]
Lebuhraya yang di katakan misteri ini adalah bermula dari persimpangan susur keluar Pedas/Linggi hingga ke persimpangan susur keluar Simpang Ampat, Melaka. Terdapat beberapa kes yang dilaporkan mangsa mengenai kejadian terserempak dengan makhluk halus atau lembaga yang melintas di lebuhraya ini, atau lelaki tua yang berbasikal, dan kebanyakkan kisahnya berlaku di sekitar waktu 1 – 4 pagi.
Antara kisah mangsa yang pernah mengalami pengalaman seram di lebuhraya ini adalah, seorang lelaki yang membuat perjalanan dari Melaka ke Bangi, dengan menaiki motosikal, beliau meredah malam melalui lebuhraya tersebut pada sekitar jam 2 pagi. Kira-kira di KM 230, terdapat sebuah kereta Iswara Sedan putih di hadapannya yang bergerak begitu perlahan. Dengan perasaan sedikit gementar, beliau memotong kenderaan di hadapannya dan terbau sesuatu yang begitu busuk. Ketika memotong Iswara putih itu, beliau sempat menjeling ke arah kereta tersebut dan apa yang dilihatnya, adalah sebuah kereta yang telah remuk teruk [total loss] bergerak tanpa pemandu.
#6 Lebuh Raya Persekutuan
Lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan terkenal dengan bahayanya terhadap penunggang motosikal. Ianya gelap, sempit, tidak diselenggarakan dengan baik. Banyak benda-benda tajam seperti paku berada di atas jalan tersebut. Sikap penunggang motosikal juga adalah antara penyumbang tegar kepada statistik kemalangan.
#7 Lebuh Raya Lipis Merapoh
Lebuh Raya Merapoh seringkali dikaitkan dengan kemalangan bas express. Pada 23 November, 2003, 14 orang terbunuh apabila sebuah bas ekspres bertembung dengan bas yang lain di Km63, Jalan Lipis – Merapoh berhampiran sempadan Pahang – Kelantan. Bila lalu belah malam memang sunyi dan gelap.
#8 Simpang Pulai Cameron Highland
Pada 20 Disember, 2010, tragedi kemalangan yang berlaku di KM15 Jalan Cameron Highland – Simpang Pulai meragut nyawa 25 warga Thailand yang telah bercuti di resort bukit di Cameron Highland. Katanya selepas kejadian ada kelibat berlegar di kawasan tersebut.
Sumber : Wanista
Post a Comment